FOMCA



Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (nama bahasa Inggerisnya, Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA)) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia. FOMCA merupakan gabungan persatuan-persatuan pengguna negeri-negeri dan berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

FOMCA bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:
§  Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.
§  Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
§  Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.
§  Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia

Menurut laman web rasminya, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting, iaitu sebagai:
§  badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
§  badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
§  badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
§  badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar

FOMCA ditubuhkan melalui penggabungan persatuan-persatuan pengguna negeri pada 10 Jun 1973 di Alor SetarKedah. Gabungan ini diperstujui menjadi persekutuan yang longgar tanpa menghilangkan kuasa autonomi persatuan-persatuan pengguna negeri.
Persatuan-persatuan negeri yang menyertai gabungan tersebut pada hari penubuhan termasuklah:
Selepas FOMCA ditubuhan, persatuan-persatuan negeri yang lain turut menyertainya, termasuk Persatuan Pengguna Johor (JCA),Persatuan Pengguna Johor (JCA), Persatuan Pengguna Pahang (PAC), Persatuan Pengguna Terengganu (2PTR), dan Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH).
FOMCA juga menyertai Pertubuhan Pengguna Antarabangsa (Consumers International) yang dianggotai oleh lebih 230 pertubuhan pengguna.

Senarai presiden FOMCA:
1.   Allahyarham Dato' Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim (1973 - 1974)
2.   Encik Tara Singh Gill (1974 - 1981)
3.   Enck Bishan Singh Bahadur (1981 - 1988)
4.   Encik Chua Kim Tee (1989 - 1991)
5.   Prof. Dato' Mohd Hamdan Hj. Adnan (1991 - 2004)
6.   Datuk Marimuthu Nadason (2004 - Kini)



No comments:

Post a Comment